DATO_ MASIR KUJAT- SRI AMAN

DATO' MASIR KUJAT

SRI AMAN
@masirkujat
Emel MP
SRI AMAN

Yang Amat Berhormat/Dato/Datin/Tuan/Puan,

[SUBJEK] OPS INTEGRITI: PERUBAHAN MENYELURUH UNTUK MENEGAKKAN INTEGRITI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Saya, sebagai rakyat Malaysia, ingin menyeru anda untuk menyokong kempen Ops Integriti yang inginkan satu perubahan menyeluruh bagi kebajikan dan akauntabiliti warga polis.

Anggota-anggota polis dan pihak yang berkepentingan (termasuk masyarakat sivil) percaya bahawa kekurangan bantuan dan sokongan dari segi mental, kewangan dan persekitaran kerja yang daif merupakan antara faktor utama yang mengakibatkan berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam PDRM.

Oleh itu, untuk mengekalkan dan mengukuhkan integriti badan penguatkuasa, kami perlukan sokongan anda untuk dua tindakan dasar:

  1. Menambahbaik kebajikan polis, dari segi persekitaran tempat kerja, infrastruktur dan sokongan mental.
  2. Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Saya berharap agar tuan/puan akan menyatakan sokongan anda untuk melaksanakan perubahan-perubahan yang menyeluruh ini, seperti yang diinginkan oleh kumpulan masyarakat sivil serta bekas-bekas anggota polis mahupun anggota yang sedang aktif berkhidmat.

Sebagai tanda sokongan tuan/puan, sila muat naik gambar ini di laman sosial tuan/puan beserta hashtag #OpsIntegriti dan #TegakkanIntegritiPDRM.

Kami sangat berharap untuk mendapat sokongan daripada tuan/puan, dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan dan pengorbanan tuan/puan kepada negara.

Terima Kasih!

Kami amat hargai sokongan anda untuk menyeru wakil parlimen anda dalam kempen ini . Kongsikan kempen ini kepada rakan-rakan yang lain!