Sebuah kempen untuk menegakkan integriti PDRM melalui perubahan menyeluruh bagi kebajikan dan akauntabiliti warga polis.

Kebajikan polis di Malaysia telah lama terabai, dari segi:

Kesihatan Mental
Persekitaran Kerja
Infrastruktur
Kewangan
Sememangya ramai anggota polis yang berkhidmat dengan penuh integriti. Namun, pihak berkepentingan percaya bahawa kekurangan kebajikan adalah salah satu sebab utama segelintir di antara mereka terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Itulah sebabnya Ops Integriti menyeru Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong perubahan dasar bagi penambahbaikan kebajikan dan akauntabiliti warga polis.

Dua tindakan dasar yang kami ingin:

Kebajikan Warga Polis

Menambahbaik persekitaran kerja, infrastruktur dan menyediakan sokongan mental bagi anggota-anggota polis.

Akauntabiliti Warga Polis

Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas yang berkuasa untuk membanteras penyalahgunaan kuasa.

KATA-KATA WARGA POLIS

Tonton pesanan khas wakil parlimen yang menyokong Ops Integriti.

Seru Wakil Parlimen Anda

Status semasa

0%
3 / 222 MP

Jumlah ahli-ahli parlimen yang menyokong

kongsikan kempen ini

MP yang menyokong

Kongsikan Pendapat Anda

Jika anda mempunyai cadangan atau maklum balas untuk menegakkan integriti PDRM, sila kongsikan pendapat anda