DR. MASZLEE BIN MALIK-SIMPANG RENGGAM

DR MASZLEE BIN MALIK

Simpang Renggam
@maszlee

Emel MP Simpang Renggam

Dear Yang Amat Berhormat/Dato/Datin/Sir/Madam,

SUBJECT: ESTABLISHMENT OF AN INDEPENDENT POLICE COMMISSION OF WRONGDOINGS

Saya, sebagai rakyat Malaysia dan penduduk di kawasan parlimen anda, menyeru anda untuk menyokong penubuhan sebuah Suruhanjaya Polis Bebas. Kewujudan sebuah suruhanjaya bebas dan pemantauan polis untuk siasatan aduan terhadap anggota polis sangat penting sekarang.

Terlalu banyak nyawa telah terkorban dan terlalu sedikit langkah pencegahan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Golongan masyarakat yang tertindas dan telah dianiaya berhak untuk mendapat keadilan, dan orang awam berhak mendapatkan perkhidmatan berpenuh integriti dari Polis Diraja Malaysia.

Penubuhan Suruhanjaya Polis Bebas akan menyumbang kepada pembangunan negara bukan hanya dalam memastikan pihak polis yang telus dan bertanggungjawab, malah juga dalam mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap pihak polis dalam menjalankan tugas mereka untuk melindungi orang awam .

Saya menggesa anda sebagai ahli Parlimen kawasan saya, untuk memberikan sokongan anda kepada penubuhan sebuah Suruhanjaya Polis Bebas dengan menyatakan pendirian anda secara terbuka.

Ini cara anda boleh melakukannya. Sebagai tanda sokongan anda, sila ambil gambar diri anda dengan hashtag #TegakkanIntegritiPDRM dan e-melkan kepada kami di people@thefourth.media

Kami juga ingin mendorong anda untuk memuatnaik hashtag #TegakkanIntegritiPDRM di laman media sosial rasmi anda.

Kami sangat berharap untuk mendapat e-mel balasan daripada anda, dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan dan pengorbanan anda kepada Malaysia.